E-Learning Kids (Arts Language)
5 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mei 2018, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg. Paya Jakas telah mengadakan program E-learning Kids (Arts Language) dimana pelajar dapat menambah pengetahuan mereka dalam Bahasa Inggeris serta menyebut perkataan inggeris dengan betul. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang program pembelajaran secara online.
Menerusi aktiviti ini, para perserta dapat mempelajari cara bagaimana untuk belajar secara online dan secara tidak langsung dapat menguji kecekapan dan kemahiran mereka dalam menggunakan komputer. Selain itu, dengan adanya program ini dapat membantu perserta lebih celik IT serta menambah lebih lagi pengetahuan mereka dalam subjek Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: